Sejarah SMS Johor

SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) telah dibina dalam tahun 1973 di bawah Rancangan Malaysia Ke-2. Upacara meletakkan batu asas sekolah ini dilakukan oleh Tan Sri Hamdan Bin Sheikh Tahir (K.M.N.), Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada hari Rabu, 23 Mei 1973.
Kumpulan pertama pelajar SMSJ ditempatkan sementara di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru sehinggalah sekolah ini siap dibina dan mula digunakan pada bulan April 1974. Sejak penubuhannya, sekolah ini ditadbir oleh Tn. Syed Ahmad Omar Al- Atas selaku penyelia pada tahun 1974. Sejak tahun 1974, 13 orang pengetua telah mentadbir sekolah ini.
Lokasinya yang terletak kira-kira 1 km dari Bandar Kluang dengan kawasan seluas 32 ekar, SMSJ menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar peringkat menengah dari tingkatan satu hingga lima. Kelas tingkatan enam dibuat pada tahun 1974 dengan 28 orang pelajar dan program ini tamat pada tahun 1984. Dari tahun 1985 sehingga 1989, sekolah ini menjalankan program GCE A - level. Sejak tahun 1990 sehingga sekarang, sekolah ini menerima pelajar tingkatan satu hingga lima sahaja. Mulai tahun 1994 sehingga 1998 sekokah ini menerima pelajar tingkatan satu daripada keluarga berpendapatan rendah.Padang utama siap pada tahun 1976 dan padang kedua siap pada tahun 1988. Kelas komputer dijalankan mulai tahun 1976. Semua pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 digalakkan mengikuti kursus komputer selama 3 tahun. Surau yang boleh menampung seramai 800 orang telah siap dibina pada tahun 1993 dan telah menjadi pusat kecemerlangan rohani. Sekolah ini juga telah mendapat bangunan tambahan yang dijadikan sebagai koperasi sekolah.
Pada tahun 1996, 4 kelas tingkatan 4 telah dikhaskan untuk aliran Sains Kejuruteraan dan hanya 1 kelas untuk Sains Tulen. Sekolah ini telah terpilih menjadi sekolah bestari pada tahun 1999.
Pengetua-pengetua SM Sains Johor
Tuan Syed Ahmad b. Syed Omar (1973-1974)
En Hamzah b. Hj.Abdul Rahid P.I.S (1974-1981)
Tn H. Abu Bakar b. Bachik (1982-1984)
En Abd Malik b. Ismail (1984-1985)
Tn H. Shukor b. Md Dom P.I.S (1986-1987)
Tn Hj Mohd Ropi b. Jahis P.I.S (1987-1988)
Tn Hj Abu Naim b. Hj Siran P.I.S (1988-1994)
En Jailani b. Rusni A.M.N (1994-1997)
Tn Hj Rokhani b. Mangi (1997-Dis 1997)
Tn Hj Abdullah b. Idrus (Apr 1998-Dis 1998)
Tn Hj Umar b. Kamari (Dis 1998-Jun 2001)
Tn Hj Kamarudin b. Abu (Jun 2001-Ogos 2002)
Tn Hj Nojumuddin b. Abd Samad (Kini)

Takwim Balik Kampung


Takwim Balik Kampung 2009

23 - 27 Jan
Jumaat
Thaipusam & Tahun Baru Cina

14 - 22 Mac
Sabtu
Cuti Pertengahan Penggal

18 April
Sabtu
Balik Bermalam (HAC SMSJ)

1 Mei
Khamis
Balik Bermalam (Hari Pekerja)

30 - 14 Mei - Jun
Sabtu
Cuti Pertengahan Tahun - Penggal 1

4 Julai
Sabtu
Balik Bermalam

1 Ogos
Sabtu
Balik Bermalam

22 - 30 Ogos
Sabtu
Cuti Pertengahan Penggal 2

18 - 23 September
Isnin
Cuti Hari Raya

17 Oktober
Sabtu
Balik Bermalam

21 - 03 Nov - Jan
Sabtu
Cuti Akhir Tahun

uPGraDe LIbrARY 2008..








Terima kasih kepada semua yang membantu....


Gambar Perpustakaan SMK PARIT BUNGA






















Lawatan Pustakawan SMSJ ke SMK PARIT BUNGA


LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS KE SMK PARIT BUNGA, MUAR.


Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Bunga ,Muar Johor, satu lawatan khas berkenaan pengurusan pusat sumber sekolah telah berlangsung hasil usahasama pihak pentadbiran sekolah Menengah Sains Johor dengan SMK Parit Bunga pada 31 Oktober 2008. Seramai enam orang pengawas PSS diiringi dua orang guru serta seorang pembantu PSS telah menyertai lawatan ini bertujuan meningkatan kualiti dan prestasi pengurusan PSS sebagai satu daripada platform dan landasan bagi merealisasikan generasi pembaca yang mantap daripada segala aspek.
SMK Parit Bunga telah menjadi destinasi pilihan berikutan kejayaan PSS ini meraih anugerah ‘PSS Cemerlang Luar Bandar’pada tahun 2006. PSS ini memainkan peranan yang penting di seluruh kawasan sekolah bukan sekadar di perpustakaan semata-mata. Setiap sudut di sekolah ini dipenuhi dengan ilmu pengetahuan dan input berguna di bawah kelolaan PSS. Setiap bilik timgkatan, bilik khas dan makmal diuhiasi dengan kata hikmat dan nota pembelajaran seperti formula untuk meningkatkan penguasaan pelajar terhadap sesuatu subjek.
Sekolah ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Pelajar dibenarkan untuk mememasuki perpustakaan tanpa mengira waktu. Jika inginkan suasana yang berbeza, pelajar boleh membaca atau membincang di taman-taman mini yang terdapat banyak bunga ataupun bangku yang telah disediakan dilaluan pelajar dihadapan perpustakaan. SMK Parit Bunga menggunakan sistem Smart Card dalam proses peminjaman dan pemulangan buku. Setiap pelajar mempunyai kad identiti sendiri untuk proses ini dijalankan. Pelajar yang gagal memulangkan buku akan didenda tetapi kepada pelajar Tingkatan 3 dan 5 keputusan peperiksaan mereka akan ditahan.
Dengan kekuatan 50 orang pengawas pusat sumber, perpustakaan ini telah didekorasi dengan begitu indah untuk menarik perhatian pelajar. Perpustakaan telah menempatkan satu slot kejayaan pelajar. Pemenang-pemenang anugerah nilam dan pencapaian nilam akan dipaparkan di ruangan ini untuk memberikan motivasi kepada pelajar. Selain itu, hasil kerja dan dokumentasi pelajar akan dipamerkan di satu sudut sebagai satu sumber rujukan. Buku-buku diperpustakaan ini sentiasa ditukar mengikut peredaran masa. Buku novel fiksyen seperti Harry Potter dan buku-buku lain yang terkini sentiasa mendapat perhatian pelajar. Di perpustakaan ini juga menempatkan satu ruang khas untuk guru-guru membaca. Kawasan ini menjadi larangan bagi pelajar kerana terdapat novel-novel cinta dan majalah yang tidak sesuai untuk pelajar.
Pelbagai program telah dianjurkan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan tahap pembacaan pelajar. Satu daripadanya ialah program nilam yang melibatkan semua pelajar. Pihak guru sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap program ini. Hal ini dapat dibuktikan apabila setiap pelajaran akan mengkehendaki pelajar untuk merekod pembacaan mereka selain memberikan tugasan yang meminta pelajar mencari maklumat tersebut di perpustakaan. Tambahan pula, pihak sekolah menawarkan hadiah yang lumayan untuk pembaca buku terbanyak serta peminjam buku terbanyak. Pada kebiasaanya mereka menghadiahkan basikal kepada pemenang tetapi pada tahun ini, pihak sekolah mengahadiahkan telefon bimbit kepada pemenang kategori tersebut. Kewujudan hadiah yang lumayan telah membangkitkan semangat untuk membaca dalam kalangan pelajar.

Akhir kata, saya berharap pihak sekolah dapat memperuntukkan budjet pembelanjaan yang lebih besar kepada Pusat Sumber Sekolah agar dapat memperbaiki pengurusan Pusat Sumber Sekolah agar lebih cemerlang.